Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Hak Yeon kurangkan sikap perfectionist sejak jadi pelakon

    Anggota kumpulan VIXX, Cha Hak Yeon mengakui dia seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam setiap kerja.

    Bagaimanapun apabila semakin aktif berlakon Hak Yeon cuba mengurangkan sikap tersebut dan lebih terbuka menerima pandangan sekeliling.

    “Saya seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. Untuk kepuasaan diri sendiri saya mahu sesuatu perkara terjadi seperti yang dirancang.

    “Saya akan rasa gementar jika tidak bersedia.

    “Bagaimanapun sekarang ini saya semakin percaya dengan situasi di set penggambaran.

    “Saya lebih suka melihat apa yang berlaku di sekeliling dan ikutkan sahaja,” ujar Hak Yeon.

    Bintang drama Bad And Crazy ini juga memberitahu bidang lakonan telah membuat dia lebih mengenali diri sendiri.

    “Saya mula kenal diri sendiri dan mempunyai banyak personaliti. Saya bangga dengan sikap terbuka diri sendiri.

    “Saya cuba menunjukkan siapa saya yang sebenar dan bersikap jujur,” jelasnya. – Agensi

    Hak Yeon cuba mengurangkan sikap tersebut dan lebih terbuka menerima pandangan sekeliling. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...