LOS ANGELES, 30 Mac – Hakim yang menyekat tegahan perjalanan yang dibentuk oleh Donald Trump, ke atas orang pelarian dan ketibaan dari enam negara Islam dan yang telah dipinda, telah melanjutkan perintahnya, yang memberi satu lagi tamparan hebat kepada Rumah Putih.
Selepas sesi dengar selama beberapa jam, Hakim Daerah AS Derrick Watson yang berada di Hawaii berkata semalam bahawa dia akan mengubah perintah tegahan sementaranya yang asal menjadi injunksi awal.
Injunksi seumpama itu lazimnya tidak menetapkan tarikh mansuh, menurut peguam negeri Hawaii Doug Chin, yang bermakna Trump akan ditegah dari menguatkuasakan tegahan itu sementara ia mencabarnya di mahkamah. – AFP