LOS ANGELES, 26 April – Seorang hakim AS semalam telah menyekat arahan eksekutif Presiden Donald Trump yang boleh menahan berbilion-bilion dolar ke bandar-bandar itu yang digelar bandar-bandar perlindungan sebagai hukuman kerana melindungi penghijrah haram.
Memberi rintangan baru kepada tindakan yang telah dijanjikan Trump ke atas penduduk-penduduk yang tidak mempunyai dokumen, Hakim William Orrick dari mahkamah persekutuan San Francisco telah mengeluarkan injunksi awal yang menegah sebarang percubaan untuk melaksanakan arahan eksekutif 25 Januari itu.
“Pembiayaan persekutuan yang tidak mempunyai hubungan bermakna dengan penguatkuasa imigresen tidak boleh terancam hanya kerana bidang kuasa memilih strategi penguat kuasa imigresen yang tidak diluluskan presiden,” kata Orrick.
Keputusan itu yang boleh memberi impak ke atas lebih 300 buah bandar dan wilayah yang telah menyelar perintah Trump – adalah satu lagi tamparan hebat bagi Rumah Putih ekoran cabaran berjaya di mahkamah terhadap dua tegahan perjalanannya yang menyasarkan negara-negara Islam.
Arahan Trump itu mengancam memindahkan kira-kira $1.7 bilion ke wilayah Santa Clara dan $1.2 bilion bagi San Francisco.
Rumah Putih telah mengeluarkan kenyataan pedas yang mendakwa bahawa ‘peraturan undang-undang memberikan satu lagi tamparan hebat kerana hakim tidak dilantik dengan sehala telah membentuk semula dasar imigresen.’
Perintah hakim itu adalah hadiah bagi kumpulan jenayah dan anasir-anasir kartel di negara kami, dan adalah satu lagi contoh kesilapan melampau oleh seorang hakim yang menjejaskan kepercayaan dalam sistem undang-undang.
Bagaimanapun, kami yakin kami akan akhirnya berjaya di Mahkamah Tinggi, menurut kenyataan itu. – AFP