Monday, October 21, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hakim benarkan Google tangguh pembukaan kedai aplikasi Android

    SAN FRANCISCO, 20 OKT – Hakim Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini membenarkan Google untuk menangguhkan tarikh akhir bagi pembukaan kedai telefon pintar berkuasa Android bagi menyaingi kedai aplikasi lain, pada 1 November yang diperintahkan mahkamah terhadap kes antipersaingan yang dikemukakan oleh pembuat Fortnite, Epic Games.

    Google gembira dengan keputusan hakim persekutuan, James Donato untuk menangguhkan sementara tindakan yang dituntut oleh Epic,” kata jurucakap syarikat, ketika mahkamah rayuan mempertimbangkan untuk menyekat secara kekal perintah itu berpunca daripada tuduhan Epic terhadap kedai Google Play milik syarikat teknologi itu sebagai monopoli haram.

    “Tindakan itu mengancam keupayaan Google Play untuk memberikan pengalaman yang selamat dan terjamin serta kami berharap untuk meneruskan kes kami,” tambah jurucakap itu.

    Sebagai tindak balas kepada keputusan itu, jurucakap Epic Games berkata dalam e-mel kepada AFP, rayuan Google adalah tidak berbaloi.

    “Penagguhan hanyalah satu langkah prosedur,” kata jurucakap itu.

    Telefon yang menggunakan sistem pengendalian Android mempunyai kira-kira 70 peratus bahagian pasaran telefon pintar dunia. – AFP

    Gambar fail bertarikh 19 Julai 2016 menunjukkan logo Google di ibu pejabat syarikat di Mountain View, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda