Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hakim China gelar Trump ‘pembuli’

    BEIJING, 7 Feb – Seorang hakim tertinggi di China mengecap Presiden Donald Trump sebagai pembuli dan ‘musuh kepada peraturan undang-undang’ kerana menyerang badan kehakiman AS ketika China seronok dengan pergolakan yang mencengkam demokrasi terkemuka di dunia itu.

    Trump melancarkan bidasan ke atas Hakim Daerah AS James Robart kerana menangguhkan tegahan perjalanan beliau ke atas mereka yang dari tujuh buah negara yang majoritinya beragama Islam minggu lalu, dengan mengejeknya ‘hakim yang dicurigai.”

    He Fan, Mahkamah Tertinggi Rakyat China, menyamakan kritikan Trump dengan pembunuhan seorang hakim di China bulan lalu.

    “Presiden yang mengkritik hakim dan perompak yang membunuh hakim kesemuanya adalah musuh peraturan undang-undang,” dia menulis dalam halaman media sosial awamnya, WeChat Ahad lalu.

    “Di sebuah negara yang mendakwa menjadi yang paling demokrasi dan paling berasaskan peraturan undang-undang, bagi seorang presiden mendahului dakwaan dalam menegur hakim, menjadikan beliau tidak bezanya dengan seorang pembuli tidak bermaruah!”

    Gambar fail pada 6 Februari 2017 menunjukkan Trump ketika memberi tabik sebaik turun dari Marine One. Seorang hakim tertinggi di China mengecap Presiden Donald Trump sebagai pembuli dan ‘musuh kepada peraturan undang-undang’. – AP
    Gambar fail pada 6 Februari 2017 menunjukkan Trump ketika memberi tabik sebaik turun dari Marine One. Seorang hakim tertinggi di China mengecap Presiden Donald Trump sebagai pembuli dan ‘musuh kepada peraturan undang-undang’. – AP

    Sejak perlantikan Trump bulan lalu, lidah rasmi parti memerintah, Parti Komunis telah membidas ‘krisis sistemik’ yang dihadapi oleh negara demokrasi Barat kapitalis itu dengan menyambut baik keunggulan sistem autoritarian China.

    Ancaman Trump bertegas dengan apa yang beliau lihat sebagai amalan perdagangan China yang tidak saksama telah mencetuskan keberangan di Beijing sementara keberangan beliau di Twitter terhadap media telah mengakibatkan komentar pedas dalam penerbitan nasionalis China.

    Para pegawai kanan di mahkamah tertinggi China dilantik oleh parlimen yang meluluskan, Kongres Rakyat Nasional, dan dijangka akan mematuhi parti memerintah, Parti Komunis, bukan bertindak sebagai mengawal kuasanya.

    Ulasan He Fan menjengkelkan memandangkan Presiden China Xi Jinping telah mengeluarkan tindakan ke atas para peguam yang telah mengendali kes-kes yang dianggap sensitif oleh pihak kepimpinan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda