Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hakim Danish raih podium di GP Sepanyol

    KUALA LUMPUR, 27 APRIL – Pelumba muda Malaysia, Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan tunggangan memukau apabila menamatkan perlumbaan Grand Prix (GP) Sepanyol saingan Rookies Cup di kedudukan podium semalam.

    Dalam perlumbaan yang berlangsung di Litar Jerez, pelumba berusia 17 tahun itu menduduki tempat kedua dengan perbezaan 0.037 saat (s) selepas dipintas pelumba tuan rumah, Brian Uriarte di selekoh terakhir yang mencatat masa 25 minit 37.402s untuk meraih tempat pertama.

    Tempat ketiga menjadi milik pelumba Indonesia, Veda Pratama dengan catatan 25:40.629s.

    “Saya tidak terlalu gembira dengan keputusan ini (P2) kerana kehilangan satu kedudukan.

    “Bagaimanapun, ia perlumbaan yang sangat bagus sebagai permulaan untuk musim ini.

    Saya melakukan kesilapan yang sangat kecil pada pusingan terakhir dan ini memberi peluang kepada Uriarte,” katanya menerusi kenyataan di laman sesawang rasmi perlumbaan.

    Untuk rekod, pelumba kelahiran Terengganu itu pernah meraih kedudukan podium sama pada perlumbaan kedua edisi 2024 di litar berkenaan.

    Kejayaan podium tersebut menyaksikan Hakim Danish mengutip 20 mata di belakang Uriarte yang mengungguli carta kedudukan dengan 25 mata. – Bernama

    Hakim Danish menduduki tempat kedua dengan perbezaan 0.037 saat selepas dipintas Brian Uriarte di selekoh terakhir yang mencatat masa 25 minit 37.402s untuk meraih tempat pertama. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda