Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Hakim guna ChatGPT buat keputusan

BANDARAYA MEXICO, 3 FEB – Hakim dari bandar Cartegena, Colombia, Juan Manuel Padilla menggunakan chatbot kecerdasan buatan (AI) iaitu ChatGPT untuk membuat keputusan mengenai satu kes mahkamah, lapor Sputnik.

“Buat pertama kali keputusan kes mahkamah di negara ini mengunakan AI. Namun, memahami kebimbangan ramai, keputusan yang saya buat sepenuhnya autonomi. Tetapi AI membantu untuk menyampaikan dan membuat keputusan,” kata Padilla kepada penyiar Blu Radio.

Beliau berkata penggunaan alat sedemikian dalam amalan kehakiman negara itu tidak bercanggahan dengan undang-undang Colombia dan membantu menjimatkan masa hakim.

Sejak tercetusnya wabak COVID-19, mahkamah Colombia telah menggunakan instrumen digital  dan chatbot satu daripadanya.

“Malah ChatGPT boleh menjangka keputusan yang mungkin dibuat oleh mahkamah kerana prinsip kesaksamaan dikekalkan sambil mempertimbangkan duluan, jadi ia berfungsi sebagai parameter kepada keputusan itu.

Penggunaan instrumen ini dan lain-lain tidak menjadikan hakim malas, keputusan masih bersifat autonomi dan proprietary (tuan punya),” kata hakim itu.

Pelancaran ChatGPT OpenAI pada akhir November 2022 menerima pelbagai reaksi kerana keupayaannya meniru perbualan manusia dan menjana teks berdasarkan gesaan pengguna.

Ada yang berpendapat ia sesuai untuk membangunkan kod dan ada yang berpandangan ia berpotensi untuk penyalahgunaan seperti pelajar menggunakan model itu untuk menulis esei. – Bernama

Logo untuk OpenAI, pengeluar ChatGPT, kelihatan di telefon bimbit di New York pada 31 Januari 2023. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -