Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hakim, pemain bola sepak ditembak di Ecuador

    QUITO, 17 OKT – Seorang hakim Ecuador dibunuh kelmarin ketika sedang menghantar anak-anaknya ke sekolah, manakala seorang pemain bola sepak ditembak dan cedera dalam insiden terbaharu yang dikaitkan dengan aktiviti kumpulan jenayah terancang di negara Amerika Selatan itu.
     
    Menurut polis, seorang penyerang bermotosikal melepaskan tembakan ke arah Hakim Marcos Mendoza di bandar pesisir Montecristi, wilayah Manabi, kawasan yang sering menjadi sasaran kartel dadah.
     
    Ketua Polis Wilayah, Kolonel Giovanni Naranjo memberitahu wartawan bahawa kumpulan jenayah Los Lobos, yang telah diisytiharkan sebagai organisasi pengganas asing oleh Amerika Syarikat, disyaki terlibat dalam serangan tersebut.
     
    Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia, sekurang-kurangnya 15 hakim atau pendakwa raya telah dibunuh di Ecuador sejak tahun 2022.
     
    Persatuan Hakim Ecuador menyifatkan pembunuhan Mendoza sebagai satu kejadian yang ‘mengejutkan’ dan mencerminkan ‘risiko’ yang dihadapi para hakim di negara itu. Mereka “berdepan tekanan, ancaman dan risiko setiap hari demi melaksanakan tugas dengan bebas dan berani,” kata kenyataan itu.
     
    Pada hari yang sama, pemain bola sepak Ecuador, Bryan ‘Cuco’ Angulo, yang pernah bermain untuk beberapa kelab Amerika Latin dan pasukan kebangsaan, ditembak di bahagian kaki ketika menghadiri sesi latihan. – AFP
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda