Ahad, 23 November 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hakim Perancis dakwa gelandangan atas pembunuhan empat individu

    CRETEIL, 25 OGOS – Seorang hakim Perancis kelmarin mendakwa seorang gelandangan atas pembunuhan empat lelaki yang mayat mereka ditemui di Sungai Seine di luar Paris, kata pendakwa raya.

    Mayat tersebut ditemui pada 13 Ogos di sungai di pinggir tenggara Choisy-le-Roi. Seorang penumpang kereta api yang lalu-lalang ternampak satu mayat terapung di sungai dan yang lain ditemui kemudian.

    Suspek telah ditahan Rabu lalu dan diletakkan dalam tahanan sebelum perbicaraan, kata peguam lelaki itu, Antoine Ory, kepada AFP. Kenyataan pendakwaan mengatakan walaupun identitinya ‘tidak pasti,’ dia adalah lelaki gelandangan berumur kira-kira 20 tahun yang kewarganegaraannya ‘tidak diketahui.’

    Pendakwa raya berkata lelaki itu enggan menjawab pertanyaan mengenai pembunuhan itu tetapi penyiasat telah mengaitkan hubungan antara suspek dan setiap daripada empat yang terbunuh seorang warga Algeria, 21 tahun dan seorang warga Tunisia berusia 26 tahun kedua-duanya tiada tempat tinggal seorang warga Perancis berusia 46 tahun dan seorang lagi warga Algeria berusia 21 tahun. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda