ISLAMABAD, 8 Nov – Hakim Pakistan menolak rayuan mantan perdana menteri Pakistan yang digulingkan, Nawaz Sharif untuk menjadikan tiga kes rasuah digabungkan menjadi satu kes.
Disebabkan oleh itu, Sharif perlu menghadiri tiga perbicaraan dalam masa sebulan.
Hakim Mohammad Bashir akan mengadakan perbicaraan terhadap Sharif, anak perempuannya dan suaminya kerana kedua-dua defendan yang terlibat dalam kes ini termasuk di dalam dokumen yang bocor dari firma undang-undang Panama.
Sharif, yang berusia 67 tahun, memegang jawatan sebagai perdana menteri Pakistan selama tiga penggal telah didakwa bulan lepas. Beliau meletak jawatan pada Julai lalu selepas Mahkamah Tinggi menyingkirkannya daripada jawatan disebabkan terlibat dengan rasuah.
Sharif menafikan tuduhan pada perbicaraan yang berlangsung pada hari ini. Hakim menangguhkan perbicaraan ini sehingga 15 Nov. – AP
