Monday, March 17, 2025
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Halang gerakan adi wira jahat

    Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis

    Bagi mereka yang menggemari drama yang berdasarkan kepada adi wira komik, drama terbaharu dari Amerika Syarikat ini sangat sesuai untuk anda.

    Drama yang bertajuk The Boys ini merupakan sebuah drama komedi adi wira berdasarkan kepada sebuah buku komik yang bertajuk The Same Name ditulis oleh Garth Ennis dan Darick Robertson.

    Drama bersiri ini diterbitkan oleh Eric Kripke dan baharu sahaja disiarkan pada 26 Julai lalu. Pihak penyiaran Amazon telah mempersetujui untuk drama ini bagi musim yang kedua.

    Drama berkonsepkan adi wira, komedi dan konflik ini dibintangi oleh bintang-bintang Hollywood yang semakin dikenali seperti Karl Urban, Jack Quaid, Antony Starr, Erin Moriarty, Dominique McElligott, Jessie T.Usher, Laz Alonso dan banyak lagi. Drama ini dianggarkan akan mempunyai sebanyak lapan episod yang akan berakhir pada pertengahan bulan Ogos ini.

    Kronologi ringkas

    The Boys mengisahkan mengenai dunia yang dikawal oleh adi wira yang berkuasa dan kehadiran mereka sudah dianggap biasa bagi kebanyakan penduduk. Kumpulan adi wira ini bekerjasama dalam sebuah syarikat antarabangsa yang memfokuskan terhadap dunia perniagaan dan banyak lagi.

    Namun pada satu hari, berlakunya rasuah dalam syarikat tersebut sehingga menyebabkan setiap adi wira memaparkan diri mereka yang sebenar malah menjadi lebih jahat.

    Kemudian muncul pula sekumpulan adi wira dalam kalangan penduduk biasa dan berusaha untuk menentang adi wira yang bertukar jahat itu. Adakah mereka akan berjaya melawan adi wira itu atau adakah mereka akan bersatu, saksikan drama The Boys dalam saluran Amazon Prime Video.

    Adakah mereka akan berjaya melawan adi wira itu atau adakah mereka akan bersatu, saksikan Drama The Boys dalam saluran Amazon Prime Video.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda