Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Halang tugas pegawai, lelaki ditahan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mac – Balai Polis Kampung Ayer telah menghadapkan seorang suspek lelaki ke Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan kerana dipercayai menghalang pegawai pengkuatkuasa undang-undang sewaktu menjalankan tugasan mereka.

    Kejadian berlaku pada 25 Mac lalu berdekatan Kampong Bolkiah ‘A’ Kampung Ayer pada waktu malam, di mana suspek telah ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kampong Ayer bagi siasatan lanjut.

    Suspek seorang lelaki warganegara tempatan bernama Zul Afti bin Mohammad berusia 34 tahun dan tidak bekerja.

    Suspek akan berdepan dengan pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu menghalang pengkhidmat awam menjalankan tugas. Pihak mahkamah telah membuat keputusan bagi tertuduh untuk dilepaskan dengan jaminan polis dan sebutan kes selanjutnya akan dimaklumkan kemudian.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda