Monday, May 12, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Halaqah Ta’lim sempena Hari Kanser Sedunia

    Oleh Pg Fairol RMF

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 April – Jabatan Pengajian Islam (JPI) tidak terlepas memperingati Hari Kanser Sedunia yang disambut setiap 4 Februari, dengan mengadakan Halaqah Ta’lim bagi sekolah-sekolah Arab dan agama seluruh negara.

    Seminar yang diadakan di Dewan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Kampung Serusop itu berobjektif untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah tentang pentingnya menjaga kesihatan diri sendiri, menambahkan pengetahuan tentang penyakit kanser yang merupakan antara penyakit yang berisiko tinggi dan mewujudkan kesedaran tentang penjagaan kesihatan, pencegahan dan rawatan penyakit kanser.

    Hadir selaku tetamu khas ialah Pemangku Pengarah Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Shamshol bin Haji Omar.

    Ahli-ahli panel terdiri daripada Konsultan Onkologi, Unit Penjagaan Paliatif, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), Dr Haji Muhd Syafiq bin Abdullah yang menyentuh mengenai ‘Menghadapi Penyakit Kanser’.

    Pegawai Penjaga Zat Makanan Kanan, Pusat Promosi Kesihatan, Hajah Roseyati bin Dato Paduka Haji Yaakob pula menyampaikan taklimat mengenai ‘Cegah Kanser melalui Makanan Sihat’ dan Daie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB), Hajah Zaleha binti Haji Ibrahim pula menekankan tajuk ‘Menangani Stres Pesakit Kanser dalam Konsep Islam’.

    Salah seorang ahli panel ketika memberikan penerangan mengenai penyakit kanser, penjagaan kesihatan dan menangani stres.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda