CINCINNATI, 18 Ogos – Simona Halep pemain ranking kedua, melangkah lebih hampir untuk merebut ranking nombor satu dunia semalam, dengan menewaskan pemain pilihan ke-15 dari Latvia, Anastasija Sevastova 6-4, 6-3 untuk mara ke suku akhir WTA dan ATP Cincinnati Masters.
Halep dari Romania, tempat kedua dalam Terbuka Perancis bagi kali kedua pada Jun lalu, boleh mengatasi ranking teratas juara bertahan Czech, Karolina Pliskova dengan memenangi gelaran dalam persediaan akhir bagi Terbuka AS.
“Untuk menjadi nombor satu dunia, saya rasa ia adalah satu perkara besar,” kata Halep. “Jika saya layak tempat itu, sudah tentu saya akan memenanginya.”
Pliskova, yang menghadapi pemain kelayakan Itali, Camila Giorgi dalam perlawanan pusingan ketiga, juga perlu menentang Elina Svitolina dari Ukraine, yang memenangi gelaran WTA kelima pada minggu lalu di Toronto untuk berada dalam ranking keempat.
Svitolina, yang akan menghadapi Julia Goerges dari Jerman, menewaskan Halep dalam perlawanan akhir Toronto bagi gelaran kelima tahun ini.
Halep, yang memenangi gelaran ke-15 sepanjang kerjayanya awal tahun ini di Madrid, seterusnya menghadapi sama ada pemain pilihan ketujuh dari British, Johanna Konta atau pilihan ke-11 dari Slovakia, Dominika Cibulkova.
Serena Williams, dijangka akan melahirkan anak bulan depan, mengungguli ranking selepas memenangi gelaran Grand Slam ke-23 sepanjang kerjayanya di Terbuka Australia ketika dalam hamil.
Juga mara ke suku akhir adalah juara Wimbledon, Garbine Muguruza. Pemain ranking keenam dari Sepanyol menyelamatkan tiga mata penamat dalam menewaskan Madison Key pemain ranking ke-17, 6-4, 3-6, 7-6 (7/3). – AFP