MELBOURNE, 10 Jan – Simona Halep dan Caroline Wozniacki menerajui kebangkitan untuk menggantikan Serena Williams di pertandingan Terbuka Australia yang terbuka luas dengan pengunduran juara bertahan dan ibu baru itu.
Williams yang dalam keadaan mengandung melengkapkan kemenangan gelaran Grand Slam perseorangan yang ke-23 dan gelaran ketujuh Melbourne Park tahun lepas, tetapi minggu lalu mengumumkan dia tidak akan mempertahankan gelarannya dan berkata ‘dia begitu hampir” tetapi belum bersedia untuk bersaing selepas melahirkan pada September lalu.
Dengan pemain itu, 36, terpaksa menunggu untuk menyamakan rekod sepanjang masa Margaret Court yang mencatatkan 24 gelaran Grand Slam perseorangan, diketuai oleh pemain nombor satu Halep, pemain ranking kedua, Wozniacki dan pemain ranking keempat, Elina Svitolina.
Pada tahun lepas terdapat dua pemenang utama kali pertama sementara Serena dalam percutian bersalin – Jelenda Ostapenko di Terbuka Perancis dan Sloane Stephens di Terbuka AS.
Tetapi peluang mereka di Melbourne kelihatan tipis: Stephen belum memenangi sebarang pertandingan dalam jelajah sejak kejayaannya di Flushing Meadows, dan Ostapenko jauh dari permainan terbaiknya dalam kekalahan pusingan pertama di Shenzhen dan Sydney minggu lalu.
Juara Wimbledon dan pemain nombor tiga dunia, Garbine Muguruza terpaksa menghentikan pertandingan kerana mengalami kekejangan kaki di Brisbane minggu lalu, dalam apa yang dilihat peningkatan selanjutnya kepada harapan Halep bagi kemenangan Grand Slam. – AFP