Thursday, July 17, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haliburton cedera, sedia jalani pembedahan

    NEW YORK, 24 JUN – Pemain bintang Indiana Pacers, Tyrese Haliburton telah mengalami kecederaan pada kaki kanan, pasukannya mengesahkan kelmarin dan bersedia untuk menjalani pembedahan selepas menjadi bintang terbaharu yang dilanda kecederaan teruk dalam playoff NBA.

    Pemain berusia 25 tahun itu tewas Ahad lalu dalam perlawanan ketujuh kepada Oklahoma City Thunder pada Pusingan Akhir NBA dan berisiko terlepas keseluruhan kempen 2025-26.

    Pacers dalam satu kenyataan berkata Haliburton menjalani pembedahan kakinya kelmarin di New York yang dilakukan oleh Dr Martin O’Malley.

    Kecederaan itu serupa dengan yang dialami oleh bintang NBA, Kevin Durant, selepas cedera pada Pusingan Akhir NBA 2019.

    Haliburton adalah antara pemain yang turut mengalami kecederaan kaki pada playoff tahun ini termasuk Jayson Tatum dari Boston Celtics dan Damian Lillard dari Milwaukee Bucks. Ketiga-tiga pemain itu belum dapat dipastikan sama ada mereka akan bermain untuk musim depan.

    Haliburton telah menyertai pasukan walaupun mengalami kecederaan kaki di Pusingan Akhir NBA dengan harapan untuk membawa Pacers gelaran NBA pertama mereka, tetapi Thunder telah memenangi perlawanan dengan keputusan 103-91 untuk gelaran pertamanya. – AFP

    Aksi Haliburton cuba melakukan jaringan semasa perlawanan NBA pada 19 Jun di Indianapolis, Indiana. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda