Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Haliburton ketepikan kebimbangan

    LOS ANGELES, 11 JUN – Bintang Indiana Pacers, Tyrese Haliburton mengetepikan kebimbangan mengenai kecergasannya kelmarin ketika pasukannya bersiap sedia untuk mendapatkan semula momentum menentang Oklahoma City Thunder dalam perlawanan ketiga Pusingan Akhir NBA.

    Haliburton dilihat terincut-incut susulan kekalahan Ahad lalu oleh Thunder dalam perlawanan kedua berikutan prestasi hambar di mana dia bergelut untuk mengucar-ngacirkan pertahanan Thunder.

    Bagaimanapun, Haliburton berkata kelmarin kecergasannya tidak membimbangkan kerana Pacers berhasrat untuk kembali mendahului selepas kekalahan Ahad lalu menyebabkan siri perlawanan terikat 1-1.

    “Saya baik-baik saja,” kata Haliburton kepada pemberita. “Masalah hanya tertumpu pada bahagian bawah kaki. Saya akan biarkan begitu sahaja. Saya rasa tiada apa-apa lagi yang perlu dikatakan.

    “Saya rasa cergas dan saya akan bersedia untuk pergi ke perlawanan ketiga,” tambahnya.
    Ketua jurulatih Pacers, Rick Carlisle, berkata Haliburton mengalami sedikit ketidakselesaan tetapi berkata itu sudah dijangkakan apabila musim lapan bulan itu mencapai kemuncaknya.

    Haliburton (kiri) cuba dikawal oleh Luguentz Dort semasa perlawanan NBA di Pusat Paycom pada 8 Jun di Oklahoma City. – AFP

    “Pada tahun ini, saya tidak tahu sesiapa berasa sempurna,” kata Carlisle mengenai Haliburton.

    “Dia berlatih. Dia melalui segala-galanya. Saya tahu dia mempunyai sedikit ketidakselesaan.

    “Dia merasakannya. Tetapi setiap hari ia semakin baik. Saya tidak fikir akan mendengar dia membuat masalah besar daripadanya,” ujarnya.

    Carlisle menambah, walaupun beberapa pemain Pacers berasa kurang sihat, akan tetapi tidak ada yang menghalang mereka bersedia untuk bermain pada baki perlawanan ini.

    Jurulatih Pacers itu sibuk dengan merangka pelan permainan yang boleh memberikan prestasi lebih konsisten berikutan permulaan hambar semasa menuju ke peringkat akhir. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda