Isnin, 24 November 2025
Klik Lagi

    Hallmark CEO baharu Aston Martin

    LONDON, 24 MAC – Jenama kereta mewah Britain, Aston Martin Lagonda, Jumaat lalu berkata Adrian Hallmark akan menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), mengambil alih daripada rakan pengeluar kenderaan dari Jerman, Bentley, di mana dia telah meletak jawatan sebagai CEOnya.

    Hallmark, 61, akan mengetuai Aston Martin menjelang 1 Oktober, menggantikan warga Itali, Amedeo Felisa, yang sejak Mei 2022 telah membantu mengemudi bagi prestasi kenderaan jenama itu.

    Warga Britain itu akan menjadi ketua eksekutif keempat dalam beberapa tahun di Aston.

    “Apabila Amedeo dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif, saya bercakap tentang dia menerajui fasa pertumbuhan dan pembangunan baharu,” kata pengerusi, Lawrence Stroll, mengenai bos semasa Aston.

    “Dua tahun kemudian, kami telah menunaikan janji itu, apabila kami hampir menyiapkan portfolio produk baharu kami dan semakin menghampiri visi kami untuk menjadi jenama prestasi British yang paling mewah di dunia,” tambah beliau dalam satu kenyataan syarikat Jumaat lalu.

    Felisa, 77, berkata dia ‘sangat berbangga dengan kemajuan yang dicapai dalam tempoh dua tahun lepas, yang telah menjajarkan Aston Martin untuk hala tuju masa depan yang positif.’

    Selaras dengan aliran industri semasa, Aston Martin telah meneruskan pembangunan kereta elektrik melalui pelaburan kira-kira £2 bilion (AS$2.5 bilion) dalam beberapa tahun akan datang.

    Pengumuman Jumaat lalu dibuat selepas Aston Martin mengurangkan separuh kerugian tahunan pada 2023 apabila harga purata modelnya mencecah paras tertinggi.

    Kerugian sebelum cukai berjumlah £240 juta tahun lepas, manakala hasilnya telah meningkat hampir satu perlima kepada £1.6 bilion. – AFP

    Gambar Web Envato

    Kata Kunci

    Popular

    Hiburan

    Priyanka buat gimik sengaja mahu tunjuk imej baik

    Bisnes feri keluarga Song Ji Hyo difitnah

    DPMM FC kalah tipis

    Berita Berkaitan

    Dua warga Mexico, tiga pelancong Eropah maut dalam ribut salji

    SANTIAGO, 19 NOV – Lima pelancong asing iaitu dua...

    Britain gesa bantuan kemanusiaan Gaza ditingkatkan segera

    LONDON, 19 NOV - Pejabat Luar Britain menggesa tindakan...

    Raja Ghana terima artifak daripada Britain, Afrika Selatan

    ACCRA, 11 NOV – Britain dan Afrika Selatan telah...

    Tulang leher patah akibat menguap terlalu kuat

    LONDON, 9 NOV – Seorang wanita berusia 36 tahun...

    Terkini

    Kem khas untuk kanak-kanak hidap penyakit autoimun

    CLARYVILLE, NEW YORK - Penyakit autoimun seperti lupus, myositis...

    DPMM FC kalah tipis

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEAGWAN, 23 NOV –...

    Enam syarikat batal penerbangan ke Venezuela

    CARACAS, 23 NOV — Enam syarikat penerbangan membatalkan penerbangan...

    Eksport rumpai laut kering Korea Selatan melebihi AS$1 bilion

    SEOUL, 23 NOV - Eksport rumpai laut kering Korea...