Sunday, July 13, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Halsey timang anak pertama

    Penyanyi Halsey mengumumkan kelahiran anak pertamanya hasil perkongsian hidup bersama teman lelaki, Alev Aydin semalam.

    Halsey dan suaminya Alev Aydin berkongsi berita gembira itu menerusi Instagram dan menamakan anak damit lelaki itu sebagai Ender Ridley Aydin.

    “Syukur untuk kelahiran yang paling istimewa… powered by love. Ender Ridley Aydin 7/14/2021,” tulis Halsey.

    Pada Januari, Halsey mengumumkan kehamilannya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

    Halsey dan Alev Aydin mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun lalu, bagaimanapun Halsey tidak terbuka bercerita mengenai hubungan mereka itu.

    Pada tahun 2018, Halsey mendedahkan dia pernah menjalani rawatan kesuburan di sebuah hospital selepas mengalami keguguran. – Agensi

    Halsey menamakan anak pertamanya Ender Ridley Aydin. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda