Thursday, May 8, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ham So Won nafi Jin Hua bukan homoseksual

    Kisah rumah tangga pelakon Korea Selatan Ham So Won dan suami iaitu Jin Hua sekali lagi menjadi perhatian peminat apabila lelaki itu didakwa mengamalkan hubungan songsang di belakang isterinya.

    Ia susulan tular foto dipercayai Jin Hua, 30, bercium dengan seorang lelaki tidak dikenali secara terbuka di tempat awam.

    Tampil mempertahankan suaminya, So Won, 48, meminta orang ramai tidak mudah terpedaya dengan foto yang tersebar sebaliknya meneliti terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tuduhan.

    “Jika awda amati dengan teliti, memang lelaki itu seakan-akan Jin Hua. Saya lebih mengenali wajah suami saya, sila lihat dan pastikan sebelum buat tuduhan melulu.

    “Saya ingin jelaskan lelaki yang bercium dalam gambar berkenaan bukan Jin Hua,” katanya memetik laporan mStar.

    So Won turut membuat perbandingan dengan memuat naik gambar tersebut bagi membuktikan dakwaan dilemparkan adalah palsu.

    Sebelum ini, So Won pernah menjadi perhatian ramai apabila melangsungkan perkahwinan dengan Jin Hua yang 18 tahun lebih muda daripadanya.

    Susulan pelbagai tekanan diterima pasangan itu, So Won pernah membuat keputusan bercerai dengan Jin Hua apatah lagi kontroversi itu memberi kesan kepada ibu bapa mentuanya. So Won memberitahu dia mahu bercerai dan berharap suaminya itu dapat bertemu wanita lebih baik berbanding dirinya. – Agensi

    So Won nafi suaminya curang dengan lelaki lain. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda