Tuesday, October 22, 2024
29.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hama dikesan, lebah Australia disekat

    SYDNEY, 27 JUN – Sarang lebah di tenggara Australia telah ditutup hari ini ketika pihak berkuasa tergesa-gesa mencegah penularan wabak parasit yang berpotensi memusnahkan.

    Hama Varroa telah dikesan di Pelabuhan Newcastle, mencetuskan pihak berkuasa di New South Wales untuk mendirikan zon biosekuriti ketat.

    Australia dikatakan satu-satunya negara pengeluaran madu utama di mana Hama Varroa bukanlah endemik.

    Untuk menghentikan penularan, penjaga lebah di dalam zon biosekuriti 50km tidak akan dapat memindahkan sarang, lebah, madu atau balung sehingga makluman selanjutnya.

    Jabatan Industri-industri Utama kerajaan itu berkata langkah itu bertujuan untuk ‘memastikan kami membasmi parasit itu’.

    Hama merah keperang-perangan kecil itu menyerang dan memakan madu lebah – membunuh keseluruhan koloni, walaupun tidak semua lebah asli Australia.

    Industri madu negara itu, bagaimanapun, bergantung pada spesies bukan asli jati.

    “Ia adalah penting penjaga lebah di kawasan Newcastle tidak memindahkan sebarang sarang atau peralatan dalam atau keluar dari kawasan itu,” kata Majlis Industri Honey Bee Australia. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda