Wednesday, April 16, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamas hantar delegasi ke Qatar runding gencatan senjata

    DEIR AL-BALAH, 15 APRIL – Seorang pegawai Hamas berkata kelmarin kumpulan pejuang Palestin itu telah menghantar satu delegasi ke negara Teluk Qatar untuk meneruskan rundingan gencatan senjata tidak langsung dengan Israel berhubung perang di Gaza.

    Sementara itu, Kementerian Kesihatan wilayah tersebut telah melaporkan 38 orang telah disahkan maut dalam tempoh 24 jam yang lalu.

    Menurut seorang pegawai Hamas, pasukan mereka telah membincangkan tentang syarat-syarat perjanjian gencatan senjata baharu di Kaherah, termasuk cadangan agar Hamas membebaskan antara lapan hingga 10 tebusan yang ditahan di Gaza.

    Namun, isu utama yang menjadi peng-halang adalah sama ada peperangan itu akan berakhir sebagai sebahagian daripada perjanjian baharu atau sebaliknya. – AP

    Pekerja kecemasan mengusung jenazah di Jabalia al-Balad, bandar Gaza, pada 13 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda