Wednesday, July 3, 2024
23.2 C
Brunei

    -

    Hamas, ketua perisikan Mesir bincang gencatan senjata Gaza

    BANDAR GAZA, 30 JUN – Ketua Biro Politik Hamas Ismail Haniyeh, membincangkan gencatan senjata di Gaza dengan Ketua Perisikan Mesir, Abbas Kamel, menerusi panggilan telefon kelmarin lapor agensi Anadolu.

    Haniyeh menerima panggilan telefon daripada Kamel untuk membincangkan ‘perkembangan terbaharu mengenai rundingan bagi mencapai gencatan senjata’, menurut kenyataan Hamas.

    Ketua perisikan Mesir itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada Haniyeh atas kematian kakaknya dan beberapa anggota keluarga dalam serangan udara Israel di kem pelarian Al-Shati di barat Gaza City minggu lalu.

    Rundingan tidak langsung antara Israel dan Hamas dengan Amerika Syarikat, Qatar dan Mesir bertindak sebagai perantara setakat ini gagal mencapai persetujuan yang membolehkan pertukaran tawanan antara kedua-dua pihak. – Bernama

    Ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh bercakap kepada media di Tehran pada 26 Mac lalu. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan, Iran pulang ke tanah air

    KABUL, 2 JULAI – Kira-kira 115,000 pelarian Afghanistan dari Pakistan dan Iran telah pulang ke negara asal mereka sejak sebulan lalu, menurut Kementerian Pelarian...