Friday, December 27, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamas nafi ketua sayap tentera terkorban

    TEHRAN, 3 NOV – Kumpulan Palestin, Hamas menafikan laporan akhbar Asharq al-Awsat yang berpangkalan di London, yang mendakwa ketua sayap tentera kumpulan itu Mohammed Deif telah terbunuh, lapor Agensi Berita Republik Islam, IRNA.

    Hamas dalam satu kenyataan kelmarin memaklumkan bahawa laporan terbabit tidak benar dan menggesa semua media untuk melaporkan dengan tepat dan profesional.

    Reaksi itu timbul selepas Asharq al-Awsat, yang memetik sumber Hamas, mendakwa bahawa pergerakan itu mengesahkan Deif terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada pertengahan Julai.

    Deif merupakan pemimpin sayap ketenteraan Hamas, Briged Izz al-Din al-Qassam.

    Rejim Israel pada 1 Ogos mendakwa bahawa Deif terbunuh dalam serangan udara di bandar Khan Yunis, selatan Gaza, dua minggu sebelumnya.

    Serangan itu merupakan percubaan kelapan oleh Israel untuk membunuh Deif. – Bernama

    Askar-askar Israel dilihat berada di dalam sebuah terowong yang menurut tentera digunakan oleh pejuang Hamas untuk menyerang lintasan Erez di utara Semenanjung Gaza, pada 15 Disember 2023. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda