Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Hamas pertimbang cadangan hentikan peperangan

    SEMENANJUNG GAZA, 4 FEB – Ramai dilaporkan terbunuh dalam serangan semalaman di seluruh Semenanjung Gaza hari ini, selepas Hamas berkata ia memerlukan lebih masa untuk mempertimbangkan cadangan yang akan menghentikan perangnya dengan Israel di wilayah Palestin yang dikepung.

    Kementerian Kesihatan Gaza yang dikendalikan Hamas berkata pada awal pagi tadi, sekurang-kurangnya 92 orang telah terbunuh semalaman, termasuk dalam apa yang dikatakan oleh pejabat media kumpulan itu sebagai pengeboman Israel ke atas sebuah tadika di Rafah, di mana penduduk yang kehilangan tempat tinggal mendapatkan perlindungan.

    Kebimbangan mengenai kemungkinan pencerobohan darat Israel ke bandar sempadan selatan telah meningkat sejak beberapa hari kebelakangan ini, dengan ratusan ribu pelarian mencari perlindungan daripada pertempuran di sana di tempat perlindungan sementara dan kem-kem yang didirikan.

    Ramai yang membuat perjalanan dari kawasan yang lebih teruk terjejas selepas diberitahu bandar itu adalah zon selamat, tetapi kawasan tersebut juga telah diserang, dengan orang yang berkabung berkumpul di luar hospital tempatan kelmarin untuk berdoa bagi yang terkorban selepas satu lagi pengeboman.

    “Budak-budak sedang tidur dan tiba-tiba pengeboman berlaku. Bilik tidur roboh menghempap anak-anak saya. Seorang anak saya terkorban dan tiga lagi terselamat,” beritahu Ahmad Bassam al-Jamal kepada AFP. “Anak saya kini syahid di syurga,” tambahnya. – AFP

    Orang ramai menggunakan trak sebagai alat pengangkutan di Rafah di selatan Semenanjung Gaza. – AFP

    Kata Kunci

    Popular

    Bisnes & IT

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    Berita Berkaitan

    EU adakan sidang tergempar mengenai Ukraine esok

    MOSCOW, 23 NOV - Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU)...

    342 penduduk Gaza maut sejak Israel langgar gencatan senjata

    ISTANBUL, 23 NOV - Tentera Israel melakukan 497 pelanggaran...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Nakhoda bot disabit bersalah atas kematian pelancong

    ROM, 21 NOV – Seorang nakhoda bot laju yang...

    Terkini

    Penghapusan bahan api fosil kekal jadi keutamaan capai matlamat

    NEW YORK, 23 NOV - Komitmen yang dicapai pada...

    Kementerian Pertahanan rancang tambah kekuatan anggota tentera di Sabah

    TAWAU, 23 NOV - Kementerian Pertahanan merancang menambah kekuatan...

    Cermin kereta pecah selepas helang jatuhkan bangkai kucing

    NORTH CAROLINA, 23 NOV – Seorang pemandu di barat...

    23 kanak-kanak maut kebuluran

    KAHERAH, 23 NOV — Seramai 23 kanak-kanak maut akibat...