Thursday, July 17, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamba seks meninggal dunia

    SEOUL, 5 Dis – Seorang lagi wanita Korea Selatan yang menjadi mangsa perhambaan seks ketika Perang Dunia II (PDII) meninggal dunia pada usia 97 tahun.

    Kim Sun-ok meninggal dunia pada Rabu pagi di pusat perlindungan awam yang menempatkan mangsa perhambaan seks.

    Menurut agensi berita Xinhua, jumlah mangsa masih hidup kini berjumlah 26 orang daripada 240 yang berdaftar secara rasmi dengan Kerajaan Korea Selatan.

    Ahli sejarah berkata 400,000 wanita dari negara Asia, termasuk Semenanjung Korea, dipaksa menjadi hamba seks kepada tentera Jepun. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda