Monday, May 5, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamdan Senario meninggal dunia

    Pelawak Hamdan Senario atau Ahmad Hamdan Mohamed Ramli dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, kira-kira pukul 12:50 tengah hari tadi.

    Berita sedih pemergian pelawak berusia 54 tahun itu disahkan oleh ahli kumpulan Senario iaitu Azlee.

    “Hamdan sudah meninggal dunia. Dia baru sahaja meninggal dunia pada 12:50 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi mStar.

    Kata Azlee lagi, keadaan jantung Hamdan terlalu lemah sejak ditidurkan beberapa hari lalu dan hanya bergantung alat bantuan pernafasan.

    “Dia tidak sedarkan diri, ditidurkan. Jantung tidak boleh sokong dengan bantuan pernafasan. Jantung lemah 30 peratus,” ujarnya.

    Dalam pada itu, Azlee memaklumkan jenazah Hamdan akan dibawa ke Ipoh, Perak pada pukul 3 petang untuk dikebumikan.

    “Jenazah hantar terus pegi Ipoh. Dikebumi disana di kampung halaman,” ujarnya.

    Pada Isnin lalu, Hamdan terpaksa ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah. – Agensi

    Hamdan meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja