Thursday, March 23, 2023
22.4 C
Brunei

-

Hamidin puji semangat juang pemain tewaskan Thailand

HANOI, 9 MEI – Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Hamidin Mohd Amin memuji semangat juang tinggi skuad Bawah 23 Tahun (B-23) kebangsaan ketika bangkit menewaskan Thailand 2-1 pada saingan Kumpulan B acara bola sepak lelaki Sukan SEA ke-31, Sabtu lepas.

Hamidin melihat keazaman serta sikap tidak mudah mengalah barisan pemain negara pada pertembungan di Stadium Thien Truong di Nam Dinh, Vietnam itu sebagai kunci kejayaan skuad bimbingan Brad Maloney mencipta kemenangan di saat akhir.

Beliau turut diberi penghormatan untuk menyampaikan pingat kepada pemenang yang menyaksikan atlet terjun wanita Nur Dhabitah Sabri dan gandingan Chew Yi Wei-Ooi Tze Liang masing-masing merangkul pingat emas acara 1m papan anjal wanita dan 3m papan anjal seirama lelaki.

Mengulas lanjut, Hamidin berharap pasukan negara dapat mengekalkan momentum cemerlang ketika berdepan Thailand dalam menamatkan baki saingan kumpulan bertemu Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) dan Kemboja (16 Mei). – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -