Wednesday, March 26, 2025
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton belajar satu pengajaran berharga

    SHANGHAI, 24 MAC – Lewis Hamilton berkata dia belajar satu pengajaran berharga selepas berasa gembira meraih kemenangan pertama Ferrari kepada pencapaian di kedudukan keenam dalam Grand Prix (GP) China, kelmarin.

    Juara dunia tujuh kali itu berkata dia melakukan perubahan susunan yang teruk selepas pecutan 19 pusingan Sabtu lalu ke garisan penamat di Litar Antarabangsa Shanghai.

    Akibatnya dia tidak dapat menandingi rentak pesaing terdekatnya, malah rakan sepasukannya Charles Leclerc, sepanjang jarak perlumbaan 56 pusingan penuh.

    Hamilton meraih petak pertama dalam kelayakan pecut Jumaat lalu sebelum melakar kemenangan sulungnya buat pasukan Scuderia, apabila mudah menghalang Oscar Piastri dari McLaren.

    Bagaimanapun, kelmarin merupakan cerita yang berbeza apabila Piastri melakukan pecutan untuk memenangi GP.

    “Dari segi keseimbangan, menerusi perlumbaan pecut kami melakukan perubahan ini dan kereta itu amat teruk selepas itu,” kata Hamilton kepada pemberita.

    “Jadi saya mengalami masalah sejak itu.

    “Saya fikir ia merupakan pengajaran yang baik dan diharap tidak akan berulang lagi kerana saya akan terus mempelajari tentang kereta ini,” tambahnya. – AFP

    Gambar menunjukkan Hamilton semasa memandu Formula Satu GP China di Litar Antarabangsa Shanghai pada 23 Mac. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda