Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Hamilton bergelut dari segi mental

    LONDON, 31 MAC – Lewis Hamilton mendedahkan dia ‘bergelut dari segi mental dan emosi’ selepas permulaan yang sukar kepada musim Formula Satu (F1).

    Juara dunia tujuh kali itu, yang menduduki tempat ke-10 pada perlumbaan Grand Prix Arab Saudi pada Ahad, membuat pengakuan itu menerusi satu hantaran di Instagram hari ini.

    “Ia adalah tahun yang amat sukar dengan segala-gala yang berlaku,” kata pemandu berusia 37 tahun itu. “Perlu kekal positif pada hari-hari yang sukar.

    “Saya telah bergelut secara mental dan emosi untuk masa yang lama, untuk meneruskan merupakan usaha tidak henti-henti tetapi kami perlu meneruskan pertarungan. Kami mempunyai banyak yang perlu dilakukan.”

    Hamilton, yang telah memenangi lebih perlumbaan F1 berbanding mana-mana pemandu dalam sejarah, mempunyai permulaan yang sukar dalam kempen baharu bersama kereta Mercedes.

    Dia menduduki tempat ketiga dalam pusingan pembukaan di Bahrain selepas pemandu Red Bull menang pada peringkat akhir dan seterusnya hanya mempe-roleh satu mata di Arab Saudi.– AF

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...