Saturday, December 28, 2024
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton bersedia pintas Verstappen sekali lagi

    BUDAPEST, 30 JULAI – Lewis Hamilton berkata semalam dia bersedia mengulangi aksi kontroversinya ketika memintas Max Verstappen yang menyebabkan pendahulu kejuaraan itu terbabas di Grand Prix (GP) British awal bulan ini.

    Verstappen yang juga pemandu dari Belanda terpaksa dibawa ke hospital manakala juara dunia tujuh kali itu merapatkan jurang kepada lapan mata menjelang GP Hungary.

    “Daripada segi cara saya memotong itu, saya akan lakukannya sekali lagi. Saya rasa, perlumbaan yang sengit adalah yang paling menarik, sejak saya membesar dari era go kart.

    “Perkara paling menarik dalam sukan pemotoran ialah apabila anda melihat perlumbaan sengit.

    “Kini dua pasukan amat setanding daripada segi prestasi,” kata Hamilton yang memburu kemenangan ke-100 dalam kariernya pada Ahad ini.

    Sebelumnya, Verstappen yang berusia 23 tahun mengatakan bahawa dia tetap tidak senang dengan sikap Hamilton walaupun sudah berbaik dengan pemandu Britain itu semasa panggilan telefon berikutan kemalangan mereka.

    Pemandu Red Bull itu enggan menjelaskan secara terperinci, malah menambah dia lebih kecewa dengan cara mereka meraikan kemenangan selepas perlumbaan juara bertahan itu.

    “Seorang berada di hospital, lelaki lain mengibarkan bendera seperti tidak ada yang berlaku semasa anda mendorong lelaki itu ke dinding dengan 51G,” katanya. – AFP

    Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton berucap semasa sidang media di trek perlumbaan Hungaroring di Mogyorod di Budapest kelmarin, menjelang GP Hungaria. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda