Thursday, February 6, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton dahagakan gelaran kelima

    MEXICO CITY, 31 Okt – Lewis Hamilton menikmati persaingan yang akan datang pada 2018 ketika Ferrari, McLaren dan Red Bull berusaha untuk menghentikan usahanya bagi memenangi gelaran dunia kelima.

    Juara dunia empat kali itu menjelaskannya dalam Grand Prix Mexico pada Ahad lalu, yang dimenangi oleh Max Verstappen, 20, dari Belanda untuk pasukan Red Bull.

    Hamilton menamatkan di tangga kesembilan dengan Mercedes, tetapi cabaran gelaran Vettel berakhir selepas dia menamatkan perlumbaan di tangga keempat bagi Ferrari biarpun bermula dari petak utama ke-50 sepanjang kerjayanya.

    Kedua-duanya bertembung di selekoh ketiga selepas pusingan pertama dan memerlukan perhentian pit yang lama, menyaksikan mereka berada di belakang.

    Bercakap kepada wartawan selepas perlumbaan, Hamilton berkata dia bersemangat menerusi persaingannya bersama Vettel.

    Pemandu Mercedes dan juara dunia empat kali, Lewis Hamilton menunjukkan nombor empat ke arah penyokongnya di GP Mexico. – AP

    “Ia adalah menarik untuk berada dalam perlumbaan bersamanya,” kata Hamilton.

    “Dia meraih petak utama ke-50 dan saya tidak mahu memberikannya lagi petak utama kerana dia semakin menghampiri saya. Inspirasi tersebut terus menekan, sama dengan kemenangan dan kejuaraan.

    “Apabila saya melihatnya menandatangani untuk tempoh tiga tahun lagi bersama Ferrari dan ia seolah-olah Ferrari tidak akan menyukai saya bagi tempoh beberapa tahun’.

    “Kami akan menjadikannya sukar untuk mereka bagi memenangi kejuaraan, tetapi saya bersedia untuk melakukan perlumbaan itu bersama mereka.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda