Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Hamilton: F1 perlu wujudkan persaingan sengit

    MIAMI GARDENS, 5 MEI – Juara dunia Formula Satu tujuh kali, Lewis Hamilton berkata bahawa sukan itu mesti melakukan lebih baik untuk mewujudkan persaingan yang lebih sengit di tengah kebimbangan penguasaan Red Bull boleh mencetuskan kebosanan.

    Max Verstappen dari pasukanRed Bull, pemenang dua kejuaraan lalu, mendahului kedudukan pemandu selepas memenangi separuh daripada empat perlumbaan pembukaan musim ini bersama dengan rakan sepasukannya, Sergio Perez.

    Tiba untuk Grand Prix Miami Ahad ini, para pemandu bercakap secara terbuka tentang sejauh mana kereta Red Bull berada di hadapan berbanding dengan Ferrari.

    Baru-baru ini Hamilton ditanya sama ada timbulnya risiko peminat Amerika hilang minat terhadap Formula Satu memandangkan penguasaan keseluruhan satu pasukan dan pemandu Mercedes itu berkata walaupun dia masih teruja, dia memahami kebimbangan tersebut.

    “Bagi saya, ia tidak membosankan,” katanya. “Saya mencabar diri saya setiap hari untuk cuba kembali ke hadapan. Jadi, ia pastinya tidak membosankan daripada perspektif saya.

    Tetapi sebagai peminat perlumbaan yang menonton, saya faham.

    “Kerana tidak adanya banyak persaingan seperti yang dilihat mereka dengan NFL dan dengan NBA pada masa ini. Itu bukan kerja saya. Maksud saya, kita perlu melakukan lebih baik, saya fikir, sebagai ketua sukan.

    “Mereka sudah mencuba untuk merapatkan pasukan, tetapi ia nampaknya tidak berjaya. Apa yang boleh saya katakan ialah kami berusaha seberapa keras mungkin untuk merapatkan jurang dan memberikan lebih banyak keterujaan kepada peminat,” katanya. – AFP

    Lewis Hamilton bercakap kepada media di Miami International Autodrome menjelang Grand Prix Miami, di Miami, Florida pada 4 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...