Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton mungkin hilang tumpuan

    LE CASTELLET, Perancis, 22 Jun – Lewis Hamilton akan berisiko kehilangan tumpuannya pada Grand Prix Perancis Ahad ini ketika menonton perlawanan pasukan England pada perlawanan Piala Dunia sejurus sebelum perlumbaan. Juara dunia empat kali itu berkata dia akan cuba melakukan dua perkara sekali gus, bersedia untuk perlumbaan dan menyokong England ketika menentang Panama.

    “Ia akan menjadi lebih sukar untuk memberi tumpuan kepada perlumbaan kerana kami akan menontonnya,” katanya kepada pemberita kelmarin. “Perlawanan ini akan disiarlan di TV dan saya yakin mereka akan cuba mengawasi kedua-dua perkara pada masa yang sama seperti yang saya akan lakukan.

    “Sememangnya, setiap kali kejuaraan ini datang, anda berharap ada sesuatu yang istimewa untuk England. Sepanjang hidup saya, ia tidak bagus untuk kami, tetapi kami mempunyai pasukan yang baik dan England berhak untuk memenangi Piala Dunia.

    Hamilton ketika memberikan tandatangan kepada peminatnya di litar perlumbaan Paul Ricard, di Le Castellet, kelmarin. – AP

    “Dan ini menarik untuk ditonton. Setiap kali, saya memandu di rumah minggu lalu, perlawanan telah berlangsung.”

    Beliau menambah: “Memenangi Piala Dunia adalah mimpi untuk setiap kanak-kanak dan saya mendapat keistimewaan bahawa saya di sini di F1. Saya sangat bangga menjadi seorang Brit! Sebaik sahaja saya memenangi kejohanan dunia tahun lepas, saya meraih bendera .

    “Pada masa ini, saya tidak tahu apa yang berlaku dengan tepat,” katanya. “Saya rasa saya mungkin mempunyai satu enjin baharu, itu sudah cukup baik.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda