SPA-FRANCORCHAMPS, 31 OGOS – Lewis Hamilton mendahului dari permulaan hingga tamat perlumbaan di Grand Prix Belgium untuk merangkul kemenangan ke-89 kariernya dan kini hanya ketinggalan dua kemenangan di belakang pemegang rekod Formula Satu, Michael Schumacher, kelmarin. Juara dunia itu tidak menghadapi sebarang masalah dari petak pertama, menewaskan rakan sepasukannya dari Mercedes, Valtteri Bottas dengan lapan