Sunday, December 22, 2024
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton raih kemenangan ke-200

    SPA-FRANCORCHAMPS, 28 Ogos – Lewis Hamilton melengkapkan kemenangan ke-200 Grand Prix peribadinya dengan bergaya apabila dia meraih kemenangan yang sangat diperlukan Mercedes bagi mengurangkan pendahuluan kejuaraan Sebastian Vettel kepada tujuh mata.

    Pemandu dari Britain berusia 32 tahun itu memanfaatkan sepenuhnya rekod ke-68 barisan depan untuk menerajui perlumbaan, tetapi perlu menyelamatkan diri daripada beberapa serangan dari pemandu Ferrari, Vettel sebelum muncul juara buat kali kelima musim ini.

    Ia adalah kemenangan ketiga di Belgium buat juara dua tiga kali itu dan ke-58 bagi kerjayanya, melonjakkannya kembali dalam persaingan sengit untuk gelaran.

    Satu lagi kemenangan di Grand Prix Itali minggu depan boleh memberikannya penduluan buat pertama kali tahun ini.

    Juara dunia empat kali, Vettel berada di tempat kedua di depan Daniel Ricciardo dari Red Bull, Kimi Raikkonen dan kemudian Valtteri Bottas.

    Pemandu Mercedes, Lewis Hamilton menjulang trofi kejuaraan selepas kemenangan di Grand Prix Belgium. – AFP

    “Ia minggu hebat buat diri saya dan pasukan,” kata Hamilton.

    “Sebastian memberikan saingan hebat, tetapi inilah yang saya katakan kenapa saya datang ke sini dan saya telah melakukannya.”

    Vettel berkata: “Ia seronok, tetapi tegang. Saya menunggu untuk Lewis membuat kesilapan, dan malangnya tiada, dan dia menunggu saya, dan saya tidak datang.

    “Kami melakukan lebih baik berbanding di Silverstone. Dan minggu depan perlumbaan di tempat kami, secara keseluruhannya ia hari yang baik.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda