Thursday, December 26, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton rancang lanjutkan karier

    LONDON, 9 OGOS – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton, berkata dia mampu terus beraksi meskipun selepas kontrak semasanya bersama Mercedes tamat.

    Pemandu kelahiran Britain berusia 37 tahun itu telah memenangi enam kejuaraan dunia dalam tempoh tujuh tahun iaitu tahun 2014 hingga 2020.

    Kemenangan pertamanya adalah pada tahun 2008 ketika bersama pasukan McLaren.

    Namun beliau gagal mencapai rekod juara dunia lapan kali pada tahun lepas apabila ditewaskan oleh Max Verstappen dalam satu perlumbaan sengit Grand Prix Abu Dhabi

    Hamilton memberitahu majalah Vanity Fair bahawa beliau masih dalam misi untuk mencapai gelaran juara lapan kali perlumbaan F1 serta tidak akan mudah menyerah.

    Kontrak Hamilton dengan Mercedes akan berakhir pada hujung tahun depan dan sedang memburu untuk meraih gelaran dunia kelapan. Dia memberitah Vanity Fair bahawa ‘dia masih dalam misi’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda