LONDON, 28 APRIL – Juara dunia, Lewis Hamilton berkata penggantungan Formula Satu kerana koronavirus telah meninggalkan kesan yang besar dalam hidupnya dengan sukan tersebut masih menunggu untuk mengetahui sama ia boleh kembali pada bulan Julai.
Hamilton, yang mula memandu go-kart ketika kanak-kanak dan menyerlah menerusi ranking sukan motor, berkata dia merindui perlumbaan hari- hari selepas musim F1 gagal dimulakan.
“Saya rindu perlumbaan setiap hari. Ini kali pertama sejak saya berusia lapan tahun yang saya tidak memulakan musim,” pemandu berasal dari Britain memuat naik paparan di laman Instagramnya.
“Apabila anda hidup untuk sesuatu yang anda minati, apabila ia hilang ia akan meninggalkan kekosongan yang besar. Tetapi akan terdapat kebaikan yang dapat diambil dalam masa-masa sebegini.”
Sesi latihan pertama pada tahun ini hanya beberapa jam sebelum musim pembukaan Grand Prix Australia telah dibatalkan pada bulan Mac, mencetuskan beberapa siri perlumbaan turut dibatalkan.
Ketua-ketua F1 sekarang berharap untuk memulakan musim yang tertunda di Grand Prix Australia pada 5 Julai, sementara peminat tidak dibenarkan berada di Grand Prix Britain pada 19 Julai.
Walau bagaimanapun, berkata penutupan kerana virus – yang telah menghentikan sukan-sukan profesional dan secara dramatik menjejaskan aktiviti ekonomi – adalah bukan berita buruk sepenuhnya.
“Sekarang ini, kita mempunyai masa di dunia untuk mencerminkan kehidupan, keputusan kita, matlamat kita, orang-orang yang berada di sekeliling kita, karier kita,” kata Hamilton.
“Hari ini, kita dapat saksikan langit yang lebih cerah, binatang-binatang kurang dikorbankan untuk kepuasan kita kerana permintaan kita adalah begitu kurang dan semua orang berada di dalam rumah. “Mari kita kembali tidak sama seperti kita memasuki masa-masa sukar, mari kita keluar dengan pengetahuan yang lebih baik mengenai dunia kita, mengubah pilihan dan kebiasaan kita.” – AFP
