Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton sertai boikot sukan di media sosial

    PORTIMAO, PORTUGAL, 30 APRIL – Juara dunia Formula Satu (F1), Lewis Hamilton (gambar) semalam berkata beliau bersedia untuk menyertai boikot sukan di media sosial hujung minggu ini untuk menentang perkauman walaupun F1 tidak yakin.

    “Saya rasa saya mungkin akan mengikuti dan menyokong hujung minggu ini,” kata Hamilton di luar Grand Prix Portugal.

    Gabungan organisasi bola sepak termasuk Persatuan Bola Sepak Inggeris dan Liga Perdana mendedahkan mereka tidak akan menyiarkan di saluran mereka hujung minggu ini dan boikot mungkin disertai badan sukan, penaja dan penyiar lainnya.

    Pada hari Jumaat, UEFA juga mengatakan akan menyertainya.

    “Bagi saya, jelas dalam sukan ini bahawa perkauman terus menjadi masalah,” tambah Hamilton yang mempunyai 22 juta pengikut di Instagram dan 6.3 juta di Twitter.

    “Dan saya rasa platform media sosial perlu melakukan lebih banyak perkara untuk memeranginya dan oleh itu saya menyokong penuh inisiatif ini dan jika saya juga melakukannya, membantu memberi tekanan kepada platform tersebut untuk membantu memeranginya, saya gembira dapat melakukannya,” tekannya.

    “Saya tidak pasti mengapa F1 bukan sebahagian daripada itu.”

    Jurucakap F1 mengatakan mereka tidak akan melakukan boikot yang akan berlangsung Jumaat ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda