Wednesday, July 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton sokong Grand Prix di Afrika

    ZANDVOORT, 23 OGOS – Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton kelmarin memberikan sokongan sepenuhnya terhadap penganjuran Grand Prix di Afrika, dengan pihak pengurusan Formula Satu bersiap sedia untuk mengadakan perbincangan mengenai perlumbaan di Rwanda.

    “Kenapa kita tidak berada di benua itu?” kata Hamilton apabila ditanya mengenai penambahan destinasi di Afrika dalam litar Grand Prix.

    Ketua eksekutif F1, Stefano Domenicali telah mengatur pertemuan bulan depan dengan wakil-wakil dari Rwanda, yang telah mengemukakan cadangan serius.

    Afrika tidak pernah mengan-jurkan Grand Prix sejak 1993 di Afrika Selatan, tetapi Domenicali berkata pihak pengurusan F1 perlu mempertimbangkan beberapa faktor.

    “Kami mahu pergi ke Afrika, tetapi kami memerlukan pelaburan yang tepat dan pelan strategik yang betul,” kata Domenicali kepada Motorsport.com.

    Tetapi Hamilton berkata ia adalah ‘100 peratus masa yang sesuai’ untuk membawa perlumbaan ke Afrika.

    “Kami tidak boleh menambah perlumbaan di lokasi lain dan terus mengabaikan Afrika, yang hanya dieksploitasi oleh seluruh dunia. Tiada siapa yang memberi apa-apa kepada Afrika,” kata Hamilton.

    “Saya fikir dengan adanya Grand Prix di sana benar-benar dapat menyerlahkan betapa hebatnya tempat itu dan membawa masuk pelancongan dan segala macam perkara,” tambahnya.

    Hamilton memberitahu pemberita bahawa dia telah bekerja di belakang tabir dan telah berbincang dengan pegawai di Rwanda “salah satu tempat kegemaran saya yang pernah saya kunjungi” dan Afrika Selatan.

    Pelumba berusia 39 tahun itu berkata dia masih mencerna perjalanan yang dia lakukan semasa cuti musim panas Formula Satu melalui Afrika, termasuk melawat kem pelarian dengan organisasi UNHCR. – AFP

    Hamilton dilihat di paddock di Litar Zandvoort di Zandvoort, barat Belanda, pada 2 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda