Tuesday, May 13, 2025
25.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton tawan Sochi

    SOCHI, 29 SEPT – Lewis Hamilton (gambar) melebarkan kelebihannya dalam kejuaraan dunia kepada 73 mata hari ini apabila meraih kemenangan di Grand Prix Rusia.

    Juara bertahan sebanyak lima kali itu berada 3.829 saat di depan rakan sepasukan dan pencabar terdekatnya bagi kejuaraan, Valtteri Bottas ketika Mercedes memanfaatkan masalah taktikal Ferrari untuk meraih kemenangan satu-dua.

    Setelah berada di depan memintas Charles Leclerc pada pusingan awal, Sebastian Vettel tidak mengendahkan arahan pasukan sebelum mengalami kegagalan mekanikal dan berhenti pada pusingan ke-28.

    Akibatnya, Kereta Keselamatan telah menghadiahkan masa berharga buat Mercedes untuk melanjutkan lagi dominasi mereka di Sochi bagi kemenangan keenam berturut-turut.

    Kemenangan Hamilton merupakan yang pertamanya sejak Grand Prix Hungary pada 4 Ogos, kesembilannya dari 16 perlumbaan tahun ini, memberikannya kelebihan 73 mata bagi perebutan gelaran pemandu.

    Max Verstappen dari Red Bull menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat, di depan rakan sepasukannya, Alex Albon. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda