Khamis, November 20, 2025
28.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton tolak dakwaan keluar dari Ferrari

    SAO PAULO, 7 NOV – Lewis Hamilton kelmarin menolak dakwaan bahawa dia mungkin tidak akan berlumba untuk Ferrari tahun depan selepas musim 2025 yang menghampakan susulan perpindahannya dari Mercedes.

    Juara tujuh kali itu telah memperoleh rekod yang kurang memuaskan selepas mengharungi 20 perlumbaan tanpa penamat podium, yang terpanjang dalam sejarah Ferrari dan hanya berada di tempat keenam dalam kejuaraan pemandu dengan 146 mata, 64 mata kurang daripada rakan sepasukan Charles Leclerc.

    Berikutan satu lagi penampilan yang mengecewakan di Grand Prix Bandar Raya Mexico bulan lalu, di mana dia dikenakan penalti 10 saat dalam perlumbaan itu, khabar angin mula tersebar bahawa dia bakal digantikan oleh warga Britain berusia 20 tahun, Oliver Bearman, seorang anak didik Ferrari yang kini bersama Haas.

    Bearman, yang menduduki tempat keempat di Mexico dan telah menikmati musim rookie yang kukuh, juga menolak dakwaan tentangnya yang bakal menggantikan Hamilton adalah sebagai tidak benar..

    Hamilton, 40, berkata, “Saya mempunyai kontrak yang agak panjang. Apabila saya membuat kontrak, ia biasanya dibincangkan pada tahun sebelumnya. Dan saya tidak pernah membincangkannya.”

    Khabar angin tentang Hamilton semakin bertambah semasa musim tidak menentu bersama Ferrari yang menyaksikannya gagal mendapat penamat podium.

    Ia disertai dengan spekulasi tentang masa depan ketua pasukan, Fred Vasseur dan ditambah pula dengan pemergian bekas jurutera prestasinya, Riccardo Corte dari Ferrari baru-baru ini.

    Hamilton menyatakan kelmarin berkenaan gesaannya terhadap badan pengelola sukan itu, Persekutuan Permotoran Antarabangsa (FIA), untuk menaik taraf prosedur penalti, susulan beberapa insiden kontroversi di Mexico. – AFP

    Hamilton (bawah) mendahului pemandu Mercedes dari Britain, George Russell semasa sesi kelayakan Grand Prix Jepun Formula Satu di litar Suzuka di Suzuka, wilayah Mie pada 5 April. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda