Saturday, July 12, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hamilton tutup mulut pengkritik

    SILVERSTONE, 18 Julai – Diejek dan diperkecilkan sebelum perlumbaan, Lewis Hamilton menutup mulut para pengkritiknya dan menghidupkan semula usahanya bagi gelaran dunia keempat dengan menyaingi rekod kelima kemenangan di Grand Prix British.

    Juara dunia tiga kali itu meraih kedudukan depan ke-67 dan kemenangan grand prix ke-57 hujung minggu lalu untuk melonjak kepada satu mata di belakang pendahulu kejuaraan, Sebastian Vettel, berada di kedudukan ketujuh bersama Ferrari selepas mengalami kegagalan tayar di saat-saat akhir.

    Tetapi sebelum kejayaan itu, Hamilton telah diselebungi kesuraman selepas gagal menghadirkan diri bagi acara promosi sebelum perlumbaan, di mana namanya diejek oleh para penyokong dan liputan media negatif mendominasi persiapan pemandu Mercedes itu.

    Lewis Hamilton melambungkan trofi kejuaraan Grand Prix British. Hamilton berjaya menutup mulut pihak yang mengkritiknya sebelum perlumbaan. – AP
    Lewis Hamilton melambungkan trofi kejuaraan Grand Prix British. Hamilton berjaya menutup mulut pihak yang mengkritiknya sebelum perlumbaan. – AP

    Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff, yang terkejut dengan reaksi negatif ke atas keputusan Hamilton untuk berehat selama dua hari di pulau Greece, Mykonos berbanding hadir bagi mempromosikan sukannya, berusaha menangkis kritikan itu.

    “Saya fikir kadangkala dia hanya memerlukan dorongan yang tepat untuk menghasilkan persembahan maksimum,” kata Wolff. “Saya fikir mungkin ini adalah jawapan bagi para pengkritik.

    “Saya masih belum faham kenapa wira British dihentam sebelum Grand Prix. Ia mungkin menjadikannya lebih berazam kuat untuk membuktikan kepada para penyokongnya bahawa dia mampu memandu.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda