Hamizan telah memenangi pingat gangsa bagi acara Time Trial, 1 Kilometer Perseorangan, dalam kategori C1-C3. Atlet para berkenaan hanya tewas beberapa saat sahaja daripada pemenang pingat emas dan perak dalam perlumbaan trek berbasikal berkenaan.
Ini merupakan kemenangan yang pertama kali bagi atlet para negara dalam perlumbaan Velodrome, dan juga pencapaian Hamizan yang terbaik setakat ini.
