Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 1.5 juta jemaah asing telah tiba di Arab Saudi setakat ini

    MEKKAH, 23 JUN – Pegawai Saudi berkata hampir 1.5 juta jemaah haji asing telah tiba di negara itu setakat ini untuk menunaikan haji tahunan, sebahagian besarnya melalui udara.

    Jemaah haji tahun ini akan menjadi yang pertama tanpa sekatan yang dikenakan semasa wabak COVID, bermula pada 2020. Lebih ramai jemaah dijangka tiba sebelum bermulanya ibadah haji pada hari Isnin.

    Haji adalah salah satu daripada lima rukun Islam, dan semua umat Islam diwajibkan untuk melaksanakannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup mereka jika mereka mampu dari segi fizikal dan kewangan. Ia adalah salah satu perhimpunan agama terbesar di dunia.

    Kementerian media Saudi kelmarin mengumumkan bahawa lebih 1.49 juta jemaah asing telah tiba melalui pelabuhan antarabangsanya sehingga hari Rabu, dengan 1.43 juta melakukan perjalanan melalui udara.

    Pegawai Saudi berkata mereka menjangkakan jumlah jemaah haji pada 2023 akan mencapai tahap pra-pandemik. Pada 2019, lebih 2.4 juta umat Islam menunaikan haji. – AP

    Jemaah haji semasa mengelilingi Kaabah di dalam Masjidil Haram, di Mekkah, Arab Saudi, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda