Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 100 hadiri Hari Terbuka GAP Cycle 4

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Bank Baiduri kelmarin telah mengadakan Hari Terbuka untuk Graduate Apprenticeship Programme (GAP) Cycle 4 di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri.

    Hampir 100 orang peserta termasuk para graduan dari pelbagai institusi akademik tempatan dan antarabangsa telah menghadiri acara tersebut.

    Turut hadir ialah wakil dari jabatan-jabatan di bawah bank berkenaan meliputi Perbankan Korporat, Perbankan Runcit, Pengurusan Risiko, Pematuhan dan Audit Dalaman.

    Ketua Pegawai Eksekutif Bank Baiduri, Ti Eng Hui menjelaskan bahawa melalui program berkenaan, pihak bank berusaha untuk memastikan setiap perantis dilengkapi dengan kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengemudi dan meraih kecemerlangan dalam bidang pilihan mereka dan mencapai matlamat profesional mereka.

    GAP ialah program pembelajaran dan pembangunan holistik selama enam bulan yang bertujuan untuk menyediakan graduan baharu dengan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman diperlukan yang akan meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam pasaran kerja tempatan. Menerusi program itu, ia merangkumi dua komponen utama iaitu latihan bilik darjah dan giliran kerja dalam Kumpulan Bank Baiduri.

    Oleh itu, para pemohon yang berjaya akan menyertai program sebagai perantis siswazah (graduate apprentices) dengan bakal memulakan satu siri aktiviti pembelajaran bilik darjah di mana mereka akan diperkenalkan kepada dunia perbankan dan memperoleh pengetahuan komprehensif tentang pelbagai produk dan perkhidmatan kewangan.

    Di samping itu, mereka juga akan menghadiri kursus yang bertujuan untuk membantu mereka memperoleh kemahiran insaniah seperti komunikasi yang berkesan, pengurusan projek, kerja berpasukan, dan kerjasama untuk meningkatkan kesediaan kerja mereka secara keseluruhan.

    Perantis berkenaan kemudiannya akan menjalani latihan sambil bekerja di jabatan yang berbeza dalam Kumpulan Bank Baiduri, yang direka untuk menawarkan pengalaman secara langsung tentang kerja dalaman sesebuah institusi kewangan.

    Pada masa yang sama, perantis juga akan dapat menyumbang kepada banyak inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) Bank Baiduri dan menyertai pelbagai aktiviti kesihatan dan kesejahteraan dalam Inisiatif Kesejahteraan Pekerja EWI Bank Baiduri.

    Sebahagian warga Baiduri yang menghadiri program tersebut sempat bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN BANK BAIDURI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda