Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 100 penagih dadah larikan diri

    HANOI, 26 FEB – Pihak berkuasa di Vietnam sedang mencari hampir 100 penagih dadah yang melarikan diri dari pusat pemulihan sesak milik kerajaan di Delta Mekong, kata media kerajaan, hari ini.

    Vietnam mempunyai lebih 30,000 penagih dadah yang menjalani rawatan wajib di kemudahan kerajaan, sebahagiannya dipaksa oleh undang-undang untuk menghabiskan masa sehingga dua tahun di dalamnya.

    Kebanyakan tahanan menjalani pemulihan di pusat tersebut dan jika mereka melanggar peraturan yang telah ditetapkan akan dikenakan hukuman penjara bersendirian.

    Berikutan ‘pertikaian dalaman’ malam Sabtu lalu, 191 penagih keluar dari pusat pemulihan di bandar selatan Soc Trang, lapor akhbar Cong An Nhan Dan, jurucakap rasmi polis.

    Menjelang pagi hari ini, 94 telah ditemui dan dibawa pulang. Polis dan keluarga sedang mencari hampir 100 lagi yang masih dalam pelarian, kata akhbar itu. Penagih itu dilaporkan memecahkan pintu asrama mereka dan melarikan diri dari pusat melalui pintu masuk utama dan melompat ke atas pagar besi bangunan itu.

    Beberapa tahanan melarikan diri melalui lubang yang telah mereka korek di salah satu dinding kemudahan itu.

    Beberapa pengawal keselamatan cedera selepas diserang oleh pelarian tersebut, tambah laporan itu. Infrastruktur pusat itu lemah, kata media kerajaan, memetik pegawai tempatan. Ia juga terlalu sesak, di mana hanya 60 pengawal sahaja yang menjaga lebih daripada 460 penagih dadah, kebanyakannya lelaki. – AFP

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda