Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 100 sahut ekspedisi berbasikal

    Oleh Normazlina M.D

     

    TUTONG, 31 Dis – Hampir 100 orang menyertai ekspedisi berbasikal bermula dari Taman Warisan Liue Di’ek Tanjong Maya menuju ke Taman Rekreasi Talun Kampung Tanjong Maya, pagi tadi.

    Hadir melancarkan ekspedisi berkenaan ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Haji Abdul Wahab bin Apong selaku Penghulu Mukim Tanjong Maya.

    Turut hadir dan menyertai ekspedisi tersebut ialah Ketua Kampung Tanjong Maya, Haji Mohd Suif bin Haji Mohd Yussof.

    Ekspedisi tersebut merupakan salah satu program hujung minggu di Kampung Tanjong Maya anjuran Majlis Perundingan Kampung Tanjong Maya.

    Yang Berhormat Haji Abdul Wahab semasa melancarkan Ekspedisi Berbasikal Hujung Minggu di Tanjong Maya, pagi kelmarin.
    Antara para peserta yang menyertai ekspedisi berbasikal tersebut.

    Selain aktiviti ekspedisi berbasikal, acara turut diisi dengan MTB Fun Race, aktiviti Memasak Makanan Tradisional dan diikuti acara Menyusur Sungai di Taman Warisan Liue Di’ek Kampung Tanjong Maya.

    Ekspedisi bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk Kampung Tanjong Maya dan sekitarnya di samping dapat mengenali Taman Rekreasi baru iaitu Taman Rekreasi Talun Kampung Tanjong Maya sebagai taman riadah.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda