Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Hampir 12% anak damit tanpa dokumen di Korea Selatan meninggal dunia

    SEOUL, 18 JULAI – Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan pada hari ini berkata hampir 12 peratus daripada lebih 2,100 anak damit yang lahir tanpa dokumen di negara itu disahkan meninggal dunia.

    Menurut kementerian itu siasatan mendapati 249 daripada 2,123 anak damit yang dilahirkan antara 2015 dan 2022 yang tidak berdaftar dengan kerajaan, meninggal dunia, lapor Agensi Berita Yonhap.

    Sejumlah 1,025 anak damit disahkan masih hidup, manakala 814 kes dalam siasatan polis.

    Polis telah merujuk tujuh kes anak damit yang tidak berdaftar dan meninggal dunia, kepada pendakwa raya kerana mengesyaki perbuatan jenayah.

    Susulan itu, kementerian telah memulakan siasatan lewat bulan lalu selepas Lembaga Audit dan Pemeriksaan mendapati wujud kelemahan dalam usaha melindungi bayi yang mempunyai rekod perubatan kelahiran tetapi tiada rekod pendaftaran rasmi.

    Kementerian berkata ia akan menyemak semula undang-undang kebajikan yang berkaitan dan menjalankan penyiasatan berkala ke atas bayi tanpa dokumen untuk menjaga kesejahteraan dan keselamatan mereka. – Bernama

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...