Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Hampir 150,000 orang dipindahkan dari Ukraine

    KYIV, 15 MAC – Kira-kira 150,000 orang telah dipindahkan dari zon konflik di Ukraine ke tempat selamat melalui koridor kemanusiaan setakat ini, kata Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk, kelmarin lapor Xinhua.

    “Orang ramai masih terdedah kepada bahaya di sepanjang koridor kemanusiaan,” kata Vereshchuk pada taklimat media.

    Selepas beberapa pusingan rundingan, Ukraine dan Rusia bersetuju menubuhkan koridor kemanusiaan untuk memindahkan orang awam.

    Menurut agensi berita Interfax-Ukraine, Timbalan Ketua Pejabat Presiden Ukraine, Kyrylo Tymoshenko, berkata Ukraine telah menubuhkan 26 koridor kemanusiaan di enam wilayah untuk memindahkan orang awam. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda